Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS SOFI WAHAB | 19 Julai 2014 . MASJID TANAH : PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine. Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu. "Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu" "Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau. Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) m...